Inilah sinopsis film Lukisan Berlumur Darah yang diperankan Tiara Jacquelina
TRIBUNJAMBI.COM - Simak sinopsis film Lukisan Berlumur Darah yang tayang 30 Desember 2023 di ANTV pukul 18.30 WIB.
Agus dan isterinya Hanna membeli rumah.
Agus memilih rumah itu kerana harganya cukup murah.
Baca juga: Sinopsis Chori Chori Chupke Chupke, Tayang 30 Desember 2023 di ANTV
Sebaliknya Hanna tidak suka dengan rumah tersebut kerana rumah itu agak usang dan menyeramkan.
Ketika usaha membersihkan rumah yang baru mereka beli, Hanna menjumpai sebuah potret wanita cantik.
Potret yang sudah terkoyak di beberapa bahagian, berdebu dan terdapat kesan darah di leher serta dada.
Dia juga menyuarakan rasa tidak senang hati dengan sebuah pohon beringin dihalaman rumah.
Meminta agar suaminya menebang pokok berkenaan secepat mungkin.
Pada suatu malam, kampung tersebut dilanda hujan lebat dan angin kencang.
Baca juga: Sinopsis My Demon Episode 11, Seok Hoon Mengkhianati Do Hee
Akibat dari ribut tersebut, pohon beringin yang berada di depan rumah itu telah tumbang dan tercabut dari akarnya.
Tertanam di bawah pokok tersebut adalah rangka manusia yang masih lengkap sifatnya.
Hanna bergegas untuk melihat sendiri apa yang mengejutkan para penduduk berkenaan.
Sebaik sahaja Hanna terpandang tengkorak manusia itu, dia pengsan.
Mulai dari kejadian ini, Hanna mulai berkelakuan pelik, sering terjerit-jerit kerana melihat darah.
Pada mulanya perkara itu dianggap biasa kerana Hanna sedang mengandung.
Tetapi lama kelamaan Agus semakin tidak senang kerana Hanna lebih mementingkan potret wanita itu daripada dirinya.
Adakalanya Hanna akan bermimpi tentang kejadian yang mengerikan dirumah itu, seperti menyaksikan adegan pembunuhan kejam.
Baca juga: Sinopsis Pengabdi Setan, Tayang 28 Desember 2023 di Trans 7
Agus juga bermimpi perkara yang sama namun dia cuba untuk mengenepikan segala penjelasan yang menjurus kepada perkara ghaib.
Saksikan Lukisan Berlumur Darah di ANTV malam ini.
Update berita Tribun Jambi di Google News