Sinopsis Film

Sinopsis Lukisan Berlumur Darah, Tayang 30 Desember 2023 di ANTV

Penulis: Nurlailis
Editor: Nurlailis
AA

Text Sizes

Medium

Large

Larger

Sinopsis Lukisan Berlumur Darah

TRIBUNJAMBI.COM - Simak sinopsis film Lukisan Berlumur Darah yang tayang 30 Desember 2023 di ANTV pukul 18.30 WIB.

Agus dan isterinya Hanna membeli rumah.

Agus memilih rumah itu kerana harganya cukup murah.

Baca juga: Sinopsis Chori Chori Chupke Chupke, Tayang 30 Desember 2023 di ANTV

Sebaliknya Hanna tidak suka dengan rumah tersebut kerana rumah itu agak usang dan menyeramkan.

Ketika usaha membersihkan rumah yang baru mereka beli, Hanna menjumpai sebuah potret wanita cantik.

Potret yang sudah terkoyak di beberapa bahagian, berdebu dan terdapat kesan darah di leher serta dada.

Dia juga menyuarakan rasa tidak senang hati dengan sebuah pohon beringin dihalaman rumah.

Meminta agar suaminya menebang pokok berkenaan secepat mungkin.

Pada suatu malam, kampung tersebut dilanda hujan lebat dan angin kencang.

Baca juga: Sinopsis My Demon Episode 11, Seok Hoon Mengkhianati Do Hee

Akibat dari ribut tersebut, pohon beringin yang berada di depan rumah itu telah tumbang dan tercabut dari akarnya.

Tertanam di bawah pokok tersebut adalah rangka manusia yang masih lengkap sifatnya.

Hanna bergegas untuk melihat sendiri apa yang mengejutkan para penduduk berkenaan.

Sebaik sahaja Hanna terpandang tengkorak manusia itu, dia pengsan.

Mulai dari kejadian ini, Hanna mulai berkelakuan pelik, sering terjerit-jerit kerana melihat darah.

Pada mulanya perkara itu dianggap biasa kerana Hanna sedang mengandung.

Halaman
12

Berita Terkini